“Kalau Tak, Jamah Buku Lima” – Altimet Dedah Cubaan Ceroboh Iqram

Posted on

Pada acara itu, Altimet membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Manakala Hael Husaini muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong, Jampi.

Aksi Iqram semasa penutup AJL32 ketika Hael Husaini membuat persembahan. Foto Mynewshub

Difahamkan tindakan Iqram itu tanpa persetujuan pihak produksi.

Dalam pada itu, Altimet memberitahu dia meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila melihat Iqram turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael itu.

“Sebab itu masa kau naik pentas bila juara nyanyi lagu sekali aku ‘chow’. Tak nak keruhkan keadaan,” tulisnya.

MStar