“Kecamlah saya, tapi jangan kaitkan ibu” – Ismail Izzani

Posted on

Ismail bersama ibunya, Datin Suliza Salam, dan kakak, Nurizzati (kiri) semasa pelancaran single Luar Biasa. Foto: NORAFIFI EHSAN / The Star

PENYANYI Ismail Izzani berharap netizen tidak mengaitkan ibunya iaitu pen yanyi zaman 1980-an iaitu Datin Suliza Salam dalam isu putus cinta yang membabitkan dirinya.

Menurut Ismail, 18, dia sedikit terkilan apabila ibunya itu turut menerima tempias kecaman netizen di laman sosial.

“Saya ada kongsi foto bersama mama di laman Twitter dan gambar itu menjadi tempat netizen berbalah dan meninggalkan kecaman yang agak menyakitkan hati.

“Sebagai anak, saya turut terasa apabila mama terheret dalam isu ini. Saya tak kisah jika mereka hanya bercakap fasal saya tapi janganlah babitkan mama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *