Kemelut Nora Danish, Fasha Sandha akhirnya dibawa ke mahkamah

Posted on

Nora mahu menamatkan kemelut hubungannya dengan Fasha.

PELAKON Nora Danish akan menamatkan krisis hubungannya dengan aktres Fasha Sandha selepas kes sindir menyindir mereka tahun lalu dengan cara membawanya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam masa terdekat.

Pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 39, berkata, ia dilihat sebagai jalan pendamaian terakhir hubungan kedua-dua selebriti yang bermasalah sejak bertahun-tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha & Nora Danish Saling Sindir-Menyindir, Apa Puncanya?

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dan Fasha Tak Baik, Tapi Saya Tak Halau Dia” – Nora Danish

Between me against Fasha for defamation, I shall make a statment as soon as i receive the sealed order of the court which should be very soon. Very soon (Mengenai kes saman fitnah saya terhadap Fasha, saya akan membuat kenyataan sebaik sahaja saya menerima perintah mahkamah dalam masa terdekat). Korang nantikan okey,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *