Kenal dah 2 tahun, Emma Maembong tepis tuduhan mahu dekati Syed Saddiq

Posted on

Emma Maembong mendakwa dia sudah mengenali Syed Saddiq sejak dua tahun lalu.

PELAKON Emma Maembong menafikan tuduhan netizen bahawa dia cuba mendekati Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas memuat naik foto bersama pemuda itu baru-baru ini.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani, 26, berkata, dia sudah mengenali dan berkawan baik dengan Syed Saddiq sejak dua tahun lalu.

“Orang cakap saya nak try (pikat) Syed Saddiq selepas saya memuat naik gambar bersama dia beberapa hari lalu.

“Mereka sepatutnya periksa Instagram saya dari dulu kerana dulu pun saya pernah memuat naik foto dia dan dia juga ada datang pelancaran filem Kimchi Untuk Awak lakonan saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *