Kerjasama OUM & CCIG perkasa industri kreatif Malaysia

Posted on

Pengerusi CCIG, Datuk Jurey Latif Rosli bersama wakil Open University bagi program pertauliahan industri.

PETALING JAYA: Institut Pembangunan Profesional, Open University Malaysia (IPD-OUM) telah menjalin kerjasama dengan Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili peserta dan pekerja industri kreatif Malaysia bagi memperkasakan industri tersebut melalui pentauliahan universiti itu.

IPD-OUM merupakan sebuah jabatan pembangunan program kemahiran dan professional bawah OUM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana program-program latihan dan kemahiran bagi pemain industri dalam usaha membangunkan modal insan negara.

Bagi merealisasikan hasrat ini, IPD-OUM telah mengeluarkan surat jemputan kepada 24 orang pakar yang berpengalaman luas dalam bidang kreatif negara, yang kebanyakannya penggiat seni serta mereka yang terbabit secara langsung dalam bidang tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *