Kita tak mampu lawan Hollywood – Ahmad Idham

Posted on

kata Idham, filem Hollywood fokus pada pasaran yang besar berbanding filem Malaysia.

PENGARAH dan penerbit Ahmad Idham berpendapat filem Malaysia masih belum mampu untuk berada setanding dengan filem dari Hollywood.

Idham berkata kebanyakan filem yang dibuat tidak meletakkan sasaran pemasaran seperti yang dilakukan di luar negara. 

“Filem kita tak mampu lagi berlawan dengan Hollywood. Hebatnya filem mereka sebab ada pasaran yang besar. Dapat keuntungan boleh dikatakan dari seluruh dunia.

“Sebab benda pertama yang mereka fikir apabila nak bikin sesebuah filem itu adalah pasaran. Kalau kita nak buat filem antarabangsa, kita pun kena fikir seperti mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *