Kita tak mampu lawan Hollywood – Ahmad Idham

Posted on

ARTIKEL BERKAITAN: Pantang Dicabar, Ahmad Idham ‘Panjat’ Pejabat SPRM

Idham akui filem Malaysia mampu setanding Hollywood.

“Kebanyakkan filem kita sekadar fokus pada pasaran tempatan dan berharap dapat dipasarkan ke luar negara,” kata Idham kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Idham juga mengajak semua produser bergabung dan menyertai kempennya untuk membersihkan industri kreatif.

Malah, pengarah filem Hantu Wangan ini, dia turut mempersoalkan jawatankuasa Skim Wajib Tayang yang tidak menjalankan tanggungjawab membangunkan industri kreatif.

Ahmad Idham.

“Kite kena ada industri kreatif yang bersih sebelum nak maju ke hadapan. Sekarang kita ada Finas dan banyak jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk bangunkan industri.

“Sebagai contoh, isu Skim Wajib Tayang yang sepatutnya diwujudkan untuk memajukan industri kita tapi sampai sekarang tak membangun. Saya cakap mengikut fakta.

“Sebab itu saya tengah berkempen memberitahu semua produser untuk lawan membersihkan industri,” ujarnya.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online pada 21 Mac lalu, Idham pernah meluahkan kekecewaan terhadap jawatankuasa tersebut yang hanya memberikan 25 pawagam untuk filem arahannya, Hantu Wangan ditayangkan.

Namun permintaan pengarah dan penerbit ini untuk memohon 40 pawagam akhirnya dipenuhi selepas beberapa rayuan dikemukakan.

Terbaharu, filem arahannya, Qhaliq yang sepatutnya ditayangkan pada 5 April lalu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada filem Dukun yang ditayangkan pada hari yang sama.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Idham

MStar