Lepas 20 Tahun, Pondan Masih Tak Serik!

Posted on

Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU: Tampil dengan berpakaian seksi dan mendedahkan sebahagian besar tubuh ‘wanita’, sekumpulan pondan tanpa segan silu melakukan aktiviti pelacuran di sebuah flat di sekitar bandar ini.

Aktiviti yang dikatakan berlaku sejak 20 tahun lalu itu bukannya tidak pernah dibendung oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tetapi ia bagaikan surut sebentar sahaja sebelum menyambung semula operasi.

Menerusi tinjauan Bernama, didapati bermula 10 malam hingga 2 pagi, kira-kira 20 lelaki yang bertingkah laku dan berpakaian wanita itu ‘menawarkan perkhidmatan’ mereka dengan diawasi seorang ‘penjaga’ untuk meninjau kehadiran pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *