Lepas 20 Tahun, Pondan Masih Tak Serik!

Posted on

Tambahnya, pegawai dan anggota kini bukan sahaja menggunakan pendekatan tegas tetapi juga melakukan intipan dari semasa ke semasa serta mendekati golongan ini agar mampu memberi teguran secara ilmiah.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan permasalahan tersebut dan sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan tegas.

Berikutan itu katanya, tindakan secara bersepadu melibatkan semua agensi JHEAT, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

“Kita mengharapkan semua masyarakat untuk tampil membuat aduan di laman e-maksiat bagi membolehkan pihak berkuasa membanteras golongan ini.

“Kita juga minta kepada pemilik rumah agar tidak memberi sewa rumah kepada golongan pondan jika mengetahui mereka ini menjadikan rumah tersebut sebagai tempat membuat maksiat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tags / Kata Kunci: pondan

MStar