Mahu Bersara Jadi Penyanyi, Altimet Jadi Pelakon Pula

Posted on

Altimet bakal bersara daripada bidang nyanyian pada November depan. Foto SHAARI CHE MAT

PENYANYI rap Altimet tidak menolak akan bergiat aktif dalam bidang lakonan selepas dia memutuskan untuk bersara daripada bidang nyanyian pada November depan.

Altimet atau Ahmad Abdul Rahman, 40, berkata, keputusan untuk bersara bukan bererti dia meninggalkan dunia seni sepenuhnya dan masih terbuka kepada perkara lain termasuk lakonan.

“Sebelum ini saya ada beberapa kali berlakon tetapi watak diberikan tidaklah besar namun selepas ini jika ada yang ingin menawarkan saya berlakon saya tidak menolak jika bersesuaian.

“Saya cuma bersara daripada menyanyi dan buat album tetapi saya masih dalam bidang seni untuk perkara lain,” katanya kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *