Mahu Bersara Jadi Penyanyi, Altimet Jadi Pelakon Pula

Posted on

Dalam pada itu, Altimet berkata, penglibatannya dalam teater muzikal Ola Bola di Istana Budaya yang baru berkahir semalam (Ahad) banyak membuka matanya tentang lakonan.

Kata Altimet, lakonan pementasan teater bukan mudah seperti yang disangkakan namun ia memberi prespektif berbeza kepada dirinya selain menyifatkan ia antara pengalaman mencabar dalam kariernya.

Altimet mahu serius dalam bidang lakonan.

“Mungkin watak saya dalam Ola Bola tidak besar tetapi impak untuk diri saya sendiri cukup besar kerana banyak ilmu yang saya pelajari untuk menjadi pelakon yang baik.

“Teater berbeza daripada filem atau televisyen tetapi ia memberi kepuasan kepada saya dan berharap dapat melibatkan diri dalam lebih banyak projek teater selepas ini,” katanya.

Bercakap mengenai watak impiannya, Altimet berkata, seperti mana kebanyakan pelakon lain, dia juga berharap dapat diberikan peranan mencabar dan berbeza daripada kebiasaan.

Malah kata Altimet, dia berminat untuk terlibat dalam filem atau drama genre aksi sekiranya diberi peluang pada masa hadapan.

Baharu sahaja melancarkan single terbaharunya, Mambang, Altimet berkata, dia akan melancarkan album terbaharunya yang berjudul Air pada akhir Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Altimet , Mambang

MStar