“Mana Baki Saya Empat Ringgit?”

Posted on

PETALING JAYA: Kisah seorang ibu yang kesal dengan tindakan peniaga kantin di sebuah sekolah ‘merembat’ RM3 milik anak perempuannya berumur lapan tahun menerusi sebuah video yang tular menarik perhatian seorang guru.

Mengakui terdapat kebenaran mengenai kes pekerja kantin tidak amanah, beliau berkata, masalah itu dapat dielakkan sekiranya ibu bapa melakukan pencegahan awal dengan mengajar anak mereka mengenali wang dan dan mengira baki.

Tanpa merujuk kepada video yang tular, Mohd Fadli Salleh berkata, selain pekerja kantin yang tidak jujur, terdapat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi insiden murid tidak menerima semula baki wang selepas berbelanja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *