“Mana Baki Saya Empat Ringgit?”

Posted on

“Aku dah pesan banyak kali, ajar anak kenali wang, terima baki. Saban tahun di depan mata, murid membeli, hulur wang dan berlalu pergi walau baki masih ada.

“Waktu rehat ratusan murid ada di kantin, sesak. Anak kau bawa duit RM5, beli keropok harga RM1. Hulur duit dan berlalu pergi.

“Terpekik-pekik pekerja kantin panggil anak kau. Tapi mana anak tu nak perasan dalam suasana riuh-rendah. Nak dikejar, takkan dia nak tinggalkan kaunter,” katanya menerusi satu ‘posting’ di laman sosial pada Jumaat.

Video yang tular mengenai seorang murid yang mengadu baki wangnya didakwa diambil oleh pekerja kantin.

Mohd Fadli berkata, selepas membeli, segelintir murid pula tidak terus menyimpan wang mereka di dalam poket atau dompet, sebaliknya meletakkan di atas kaunter.

“Diletak dulu atas kaunter lepas tu nak minum air, berborak dengan kawan. Kalau kau penjual, duit ada di atas kaunter saat pelanggan tengah ramai bersesak-sesak, pasti kau ingat itu duit kau kan?

“Lagipun memang biasa murid yang dah tahu harga dan kenal nilai wang hanya ambil barang, letak duit atas meja kaunter dan berlalu pergi,” katanya.

Mengenai pekerja kantin yang tidak jujur, mendidik anak mengenai perbelanjaan pasti dapat menangani isu mengambil kesempatan ke atas murid.

Selain mengenali wang, menerima baki, ibu bapa turut perlu menasihatkan anak-anak mereka supaya meminta baki dan Mohd Fadli memberi contoh: “Pak cik, duit saya lima ringgit. Saya beli seringgit sahaja. Mana baki saya empat ringgit?”

Jelasnya, pekerja yang tidak jujur tidak lagi berani ‘mencuri’ wang murid terutama dari Tahun Satu sekiranya anak-anak kecil ini tahu menuntut hak mereka.

Murid-murid Tahun Satu diajar untuk membeli makanan di kantin pada hari pertama sesi persekolahan. Foto Bernama

Namun kata Mohd Fadli, anak-anak mereka dinasihatkan untuk membuat laporan kepada guru bertugas sekiranya tindakan pekerja kantin yang tidak bertanggungjawab terus berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *