Masih berkenalan, tak perlu dedah teman lelaki kepada umum – Sherry Ibrahim

Posted on

Sherry Ibrahim tidak akan mendedahkan perihal peribadi untuk tatapan umum. Foto SAM THAM

PELAKON Sherry Ibrahim tidak merancang untuk mendedahkan wajah teman lelaki di laman sosial kerana merasakan tiada keperluan berbuat demikian selain ia merupakan kehidupan peribadinya.

Pemilik nama sebenar Syarizad Ibrahim, 35, ini berkata, dia memilih berbuat demikian kerana sudah menjadi sikapnya yang menjaga perihal peribadi selain berserdahana dalam hubungan cinta.

“Saya ada dua kehidupan iaitu sebagai orang biasa yang mana saya tidak paparkan kepada umum di media sosial kalau ada pun tidak keterlaluan.

“Satu lagi kehidupan sebagai selebriti yang saya boleh berkongsi tentang perkembangan kerjaya saya malah dari dulu pun saya jarang berkongsi di media sosial,” ujarnya kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *