Masih berkenalan, tak perlu dedah teman lelaki kepada umum – Sherry Ibrahim

Posted on

Sherry ingin mengembangkan perniagaan yang diusahakan ke tahap lebih tinggi.

Sherry ditemui pada majlis ramah mesra Deeja Cosmetic & Sherry Ibrahim yang diadakan di Talent Lounge, Damansara Perdana di sini, Ahad.

Bercakap lanjut mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya itu, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini berkata, hubungan dengan jejaka tersebut masih dalam peringkat berkenalan.

Enggan terburu-buru dalam soal hati dan perasaan, Sherry bagaimanapun berjanji akan berkongsi dengan peminat sekiranya dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Kami masih mengenali hati budi dan dia seorang yang sentiasa memberi sokongan dalam apa juga yang saya lakukan.

“Insya-Allah, jodoh di tangan Allah, kalau sampai masanya saya akan berkongsi dengan semua, saya tidak akan sorok perkara yang baik,” ujarnya.

Deeja Cosmetic sudah tiga tahun berada di pasaran.

Sementara itu, bercakap tentang perniagaan Deeja Cosmetic, Sherry berkata, dia kini memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan bisnes berkenaan yang diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Dia ingin melihat jenama tersebut berkembang kerana penglibatannya dalam bidang perniagaan kecantikan bukan sekadar suka-suka.

“Saya tidak main-main berniaga, jika ada berlaku masalah saya akan turun padang selesaikan.

“Alhamdulillah, tiga tahun bersama Deeja Cosmetic perkembangannya sangat baik malah maklum balas pengguna juga sangat positif,” ujarnya.

MStar