MH370: 'Jumpa Baru Bayar', Ini Baru Adil

Posted on

KUALA LUMPUR: Perjanjian “no cure, no fee” atau “jumpa baru bayar” merupakan pendekatan sesuai dalam menyambung semula misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014, menurut pakar penerbangan.

Juruterbang pandu uji Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata, perjanjian ditandatangani antara Malaysia dan syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat , Ocean Infinity Limited, untuk memulakan misi pencarian baharu di selatan Lautan Hindi itu akan menjamin kerajaan mendapat perjanjian yang adil dari segi bayaran kewangan.

“Tiada gunanya membayar perkhidmatan yang tidak mendatangkan apa-apa hasil, oleh itu membuat pembayaran selepas mendapat hasilnya merupakan satu pendekatan optimum untuk mengurangkan atau mengelakkan kerugian modal,” katanya kepada Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *