Nabila Razali Menangis, Gagal Kawal Perasaan Terhadap Hael Husaini

Posted on

“Selain saya, Indah Ruhaila juga menangis sebab kami tahu bagaimana Hael berusaha keras selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN Dituduh Buat Bising Dalam MRT, Muka Nabila Razali Mahu Ditumbuk

Netizen mempersoalkan kenapa Nabila mengalirkan air mata sedangkan Hael yang menang.

“Ini adalah kali pertama Hael dapat masuk anugerah berprestij dan menang pula. Sebab itu saya tak boleh mengawal perasaan dan menangis,” kata Nabila ketika dihubungi mStar Online.

Nabila yang dilihat mengalirkan air mata ketika penyanyi lagu Jampi itu diumumkan sebagai juara AJL32 dikecam netizen yang mengatakan dia seperti berlebih-lebihan.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati ini sudah biasa dengan kecaman netizen kerana menganggap mereka boleh beri pendapat.

Menurutnya lagi, jika ada pihak yang tidak memahami situasi itu bermakna mereka tak pernah mengikuti perjalanan kariernya dan Hael dalam industri seni.

Nabila dikatakan berlebihan sehingga dianggap mempunyai hubungan istimewa dengan Hael.

“Biasalah netizen, semua orang nak bagi pendapat. Tapi ada yang tahu dan faham situasi yang saya menangis sebab rakan baik menang.

“Bila orang kata berlebihan, maksudnya dia tak mengikuti perjalanan karier kami semua tapi bagi yang tahu kerjaya kami dalam industri ini akan memahami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu kehadirannya pada malam kemuncak AJL32 itu semata-mata untuk memberi sokongan penuh pada Hael.

“Tujuan saya datang pada malam itu pun memang semata-mata nak beri sokongan sepenuhnya pada Hael. Alhamdulillah, saya dapat saksikan kemenangan dia,” katanya.

Lagu Pematah Hati nyanyiannya juga merupakan lagu ciptaan Hael.

Tags / Kata Kunci: Nabila Razali , Hael Husaini

MStar