Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana kongsi bisnes, tak tolak jika jodoh

Posted on

Ardell tidak mahu bercinta dan ingin terus melangsung perkahwinan jika sudah bertemu jodoh. Foto Instagram: @ardellaryana.

PELAKON Ardell Aryana tidak menolak jika sudah tertulis jodohnya akan berkahwin dengan pelakon Nadzmi Adhwa.

Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, berkata hubungan dia dan Nadzmi mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.

Namun menurut Ardell, hubungan tersebut sehingga kini tidak lebih sebagai kawan baik yang berkongsi masalah dan minat yang sama.

“Saya tidak akan cakap tidak atau mengiyakan jodoh saya dengan Nadzmi. Tapi saya tidak menolak kalau dah tertulis takdir kami akan berkahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *