“Nanti Kontroversi, Sorok Dulu Kalau Bercinta” – Zizan

Posted on

Azamnya untuk tahun baru ini adalah untuk meningkatkan lagi kualiti kerjayanya sebagai anak seni serta mencabar diri melakukan perkara yang belum lagi dilalui olehnya.

“Saya tidak sasar untuk menang anugerah tetapi lebih kepada jaga kualiti kerja dan bekerja keras lagi kerana harapan peminat sangat tinggi,” katanya lagi.

Zizan bakal muncul dalam filem Polis Evo 2 yang kini masih lagi menjalani penggambaran.

Dalam masa yang sama, Zizan juga bakal terbang ke Jakarta, Indonesia bagi membincangkan satu projek terbaharunya di negara seberang.

Wah… Zizan dah kena ‘sunting’ dengan production dari seberang ke? Nampaknya semakin ramai anak seni tempatan kita bakal melakar nama dinegara jiran, mungkin ini merupakan peluang buat Zizan melebarkan sayapnya dalam industri! – MYBNEWSHUB.CC/AH

 

Credit; duniaweb.life