Neelofa, Hans Isaac bersatu tangani buli siber

Posted on

Selebriti Neelofa dan Datuk Hans Isaac bergabung tenaga bagi menjayakan Kempen Anti Buli Siber pada Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu pada Selas. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Selebriti terkenal tanah air bergabung tenaga bagi menjayakan kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’ di media sosial.

Pelakon dan pengacara Neelofa yang mewakil semua selebriti terlibat memberitahu kempen tersebut dibuat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyebaran berita palsu dan fitnah yang dilihat semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Mengangkat tema ‘Sebar Fakta Bukan Dusta dan ‘Aku Bersamamu’, Neelofa berkata, objektif lain kempen tersebut diadakan bagi menyebarkan maklumat kepada pengguna laman sosial dalam mempertahankan diri mereka sekiranya menjadi mangsa buli siber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *