Netizen Puji Denda 'Luar Biasa' Pelajar Lewat Ke Sekolah

Posted on

Pelajar sekolah SMK Seksyen 7 Shah Alam yang lewat ke sekolah didenda menunaikan solat Dhuha di dataran perhimpunan. – Facebook/Eizan Ariffin

PETALING JAYA: Nak denda salah, tak denda pun serba salah. Itulah dilema yang dihadapi para guru ketika berdepan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Selepas seorang demi seorang guru tular gara-gara tindakan disiplin yang diambil ke atas pelajar bermasalah, kini sebuah sekolah di Shah Alam pula tular kerana mengenakan denda yang unik kepada para pelajarnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam yang mendenda pelajar lewat dengan menyuruh mereka menunaikan solat Dhuha di dataran perhimpunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *