Netizen tak puas hati kenyataan Zul Ariffin

Posted on

Zul Ariffin menjadi sasaran netizen yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya di Instagram.

PENDEDAHAN aktor Zul Ariffin mengenai hubungan selama tiga tahun dengan pelakon Zahirah McWilson yang sudah pun berakhir sebulan lalu mengundang kemarahan netizen.

Kemarahan itu bukanlah disebabkan hubungan pasangan itu yang tidak menjadi sebaliknya tidak berpuas hati dengan Zul yang didakwa mengaibkan bekas teman wanitnya itu.

Rata-rata juga terkejut dengan perubahan sikap Zul yang terbuka bercakap mengenai hal peribadinya memandangkan sebelum ini pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu sangat berahsia.

“Dahulu saya hormati Zul kerana tak heboh kisah peribadi, cinta kepada umum tetapi apabila Zul sebar keburukan orang sesuka hati, serius tak sangka betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *