PAU Kecoh Janna Nick Muncul

Posted on

(dari kiri) Ayu, Janna dan Justynn pada pameran jualan sempena PAU 2017 di PWTC, di Kuala Lumpur, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Pelakon utama drama adaptasi Korea, My Coffee Prince, Janna Nick diserbu pengunjung pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017, Sabtu.

Kehadiran Janna, 22, pada kira-kira pukul 1.30 petang itu bagi memeriahkan pameran jualan sempena PAU 2017 sebagai duta produk Cassandra Beauty Dust di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia juga merupakan sesi peminat bertemu dengan Janna yang melakonkan watak sebagai Dani.

Namun kehadiran Janna pada Sabtu kelihatan lebih feminin berbanding dengan watak ‘tomboy’ yang dibawanya dalam drama yang kini menjadi sebutan ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *