Peminat mengamuk, Joe Flizzow tampil mohon maaf

Posted on

Joe Flizzow tampil membuat permohonan maaf berhubung penganjuran showcase #16Baris pada malam Sabtu. Foto Instagram @flizzow

PENYANYI rap terkenal Joe Flizzow tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penganjuran showcase percuma #16Baris yang diadakan di The Bee, Publika Kuala Lumpur pada malam Sabtu apabila ia bertukar kecoh ekoran lokasi dipilih tidak mampu menampung jumlah peminat yang hadir.

Joe yang juga selaku penganjur persembahan tersebut memberitahu pihaknya tidak menjangka sambutan luar biasa peminat selain kesal ramai peminat tidak dapat memasuki lokasi itu terutamanya yang datang daripada jauh.

“Terdahulunya kami seikhlasnya ingin memohon maaf kepda semua peminat yang tidak dapat masuk ke dalam tempat konsert terutamanya mereka yang telah membuat perjalanan dari luar negeri dan telah berusaha untuk berada di sana semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *