Peminat mengamuk, Joe Flizzow tampil mohon maaf

Posted on

Joe memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya pada Ahad.

“Adalah amat dikesali bahawa terdapat sejumlah besar peminat-peminat tidak dapat menertai kami dan kami telah mendengar dan mengambil maklum kekecewaan anda.

“Kami berjanji untuk membuat dengan lebih baik pada masa akan datang dan kami berharap semua peminat akan terus menyokongartis-artis dan muzik mereka,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Joe turut mengucapkan terima kasih kepad peminat yang hadir ke acara tersebut dan sambutan ditunjukkan oleh peminat menunjukkan semangat dan sokongan terhadap budaya Hip Hop di negara ini.

Lokasi tempat berlangsung #16Baris di Publika sesak dengan peminat. Foto Instagram @hizamizaini

“Sambutan dan jumlah kehadiran adalah lebih daripada apa yang kami dapat jangkakan dan kami amat terharu dengan sokongan dan semangat yang kita semua berkongsi untuk budaya Hip Hop Malaysia.

#16Baris menampilkan persembahan daripada penyanyi rap seperti Joe Flizzow, Altimet, Aman Ra, Sonaone, Alif, Kayda, Kid Raw dan ramai lagi.

Sejak petang Sabtu, peminat meluahkan rasa tidak puas hati berhubung penganjuran showcase itu yang disifatkan tidak sesuai sehingga menyebabkan kekecohan apabila ramai tidak dapat memasuki lokasi persembahan berlangsung.

MStar