Penyanyi Zainal Abidin kemalangan

Posted on

Penyanyi Zainal Abidin terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Isnin.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Zainal Abidin terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Isnin.

Zainal ketika dihubungi berkata, ketika kejadian beliau bersama isteri dalam perjalanan dari rumah mereka di Shah Alam menuju ke Jalan Duta sebelum sebuah kenderaan jenis MVP mengentam keretanya dari belakang.

“Ketika kejadian kereta di hadapan saya tiba-tiba memperlahankan kelajuan sebelum kereta dibelakang saya yang dipandu laju tidak sempat menekan brek lalu melanggar kenderaan saya.

“Terkejut juga tetapi perkara sudah hendak berlaku namun saya kasihankan pemandu MVP itu kerana keretanya rosak teruk,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *