Perkhidmatan Aerotrain KLIA Dihentikan Untuk Penyenggaraan

Posted on

PUTRAJAYA: Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dihentikan untuk kerja-kerja penyenggaraan luar jadual yang perlu dilaksanakan, kata operatornya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Menurut paparan laman sosial Facebook rasminya,  MAHB berkata susulan itu pihaknya mengaktifkan perkhidmatan bas bagi mengangkut penumpang  di antara  terminal utama dan bangunan satelit menggunakan 16 buah bas yang disediakan.

“KLIA mengendalikan pergerakan penumpang dalam volum yang tinggi dari 8 pagi hingga 8 malam  ini dengan tren terpaksa membawa kira-kira 95,000 penumpang bagi tempoh itu.

“Disebabkan kapasiti yang tinggi ini, tren terpaksa disenggara bagi memastikan kesinambunagn perkhidmatan,” kata MAHB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *