Perkhidmatan Aerotrain KLIA Dihentikan Untuk Penyenggaraan

Posted on

Dilaporkan perkhidmatan aerotrain di KLIA tergendala menyebabkan ratusan penumpang terpaksa menaiki bas untuk bergerak di antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit.

Beberapa rakaman video dan gambar dihantar kepada media yang menunjukkan pintu masuk ke tren direkat dengan pita yang tertulis ‘Maintenance in Progress’ (kerja penyenggaraan sedang dijalankan).

Menurut MAHB, pasukan kejuruteraan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kerja-kerja penyenggaraan itu secepat mungkin dan penumpang akan dimaklumkan sebaik sahaja perkhidmatan tren bersambung semula.

Pada masa sama  MAHB menasihati penumpang  agar terus ke ruang menunggu bas bagi mendapatkan bantuan staf untuk meneruskan perjalanan mereka.

Ini kali ketiga perkhidmatan tren itu tergendala untuk tahun ini.

Pada September lalu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali dilaporkan berkata dua tren yang beroperasi sejak hampir 20 tahun lalu akan dihantar untuk penyenggaraan utama pada akhir tahun ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: aerotrain , KLIA

MStar