Populariti Antara Sebab Juri Pilih ‘Jampi’ Menang AJL32

Posted on

Hael berjaya 'Jampi' Anugerah Juara Lagu ke 32. Foto: M. AZHAR ARIF.

KETUA juri Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32), Azmeer berkata, antara faktor kemenangan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini dalam pertandingan itu kerana populariti karya berkenaan pada ketika ini.

Azmeer berkata kesemua 10 juri yang mengadili karya berkenaan bersetuju dan sepakat memilih lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu tanpa pertikaian untuk memenangi AJL32.

“Tiada perbalahan dalam memilih pemenang dan semua juri juga setuju pilih lagu Jampi sebagai juara dan juga lagu-lagu lain.

“Lagu Jampi itu boleh pergi ke semua tempat. Bukan dari sudut permarkahan kualiti lagu tetapi Jampi sudah menakluti pelusuk negara termasuk negara jiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *