Rumah tangga Nazim, Bella Dally berkecai

Posted on

Perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally sudah berakhir.

PETALING JAYA: Pelakon Nazim Othman mengejutkan peminat pada Khamis apabila mendedahkan perkahwinannya dengan Bella Dally telah pun berakhir.

Nazim atau Nushrul Alif Othman, 34, menerusi Instagram memberitahu keputusan berpisah dibuat atas persetujuan bersama.

Bagaimanapun pelakon itu tidak mendedahkan punca perceraian yang berlaku di antara mereka.

“Assalamualaikum, Salam Ramadan.

Kenyataan Nazim di Instagram berhubung perceraiannya.

“Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir.

Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *