"Saya cium jenazah ibunya, Zul tak patut cakap begitu"- Zahirah

Posted on

Hubungan Zul dan Zahirah sudah berakhir.

PETALING JAYA: Pelakon Zahirah MacWilson berkata dia bukan seorang yang bodoh untuk berswafoto berdekatan jenazah ibu Zul Ariffin seperti didakwa aktor itu.

Zahirah, 23, berkata, dia turut bersedih dengan pemergian insan kesayangan pelakon J Revolusi itu.

“Saya tidak bodoh untuk buat begitu. Saya juga menangis dan mencium jenazah ibunya jadi dia tidak patut bercakap seperti itu kepada saya,” ujarnya kepada mStar Online pada Ahad.

Cinta pasangan ini akhirnya terlerai.

Bagaimanapun, Zahirah percaya pengakhiran hubungan cintanya itu mempunyai hikmah tersendiri. 

Tambahnya semua yang berlaku adalah rancangan yang sudah diatur oleh Allah SWT. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *