"Saya cium jenazah ibunya, Zul tak patut cakap begitu"- Zahirah

Posted on

“Pasti ada sebab di sebalik setiap apa yang berlaku. Saya percaya dengan rancangan Tuhan,” ujarnya kepada mStar Online. 

Zahirah mengulas tentang berita hubungan cinta yang dibina bersama pelakon drama Titian Cinta berakhir. 

Zul menerusi sebuah portal berita mendedahkan perpisahan terjadi lebih sebulan lalu. 

Tambahnya, salah satu punca dia membuat keputusan itu disebabkan kelakuan Zahirah berswafoto (selfie) berhampiran jenazah Allahyarham ibunya dianggap tidak sopan. 

Ibu Zul iaitu Allahyarham Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017.

Zul berkata, perkara itu membuatkan dia tawar hati dan enggan menerima wanita itu sebagai seorang isteri. 

Bagaimanapun, menerusi laman sosial Instagram Zahirah menganggap Tuhan lebih mengetahui perkara sebenar. 

Katanya, dia tidak tahu motif disebalik kenyataan yang diberikan pelakon J Revolusi itu. 

“Tak apa Tuhan ada, InsyaAllah. Apa pun motif disebalik kenyataan yang diberikan itu, saya teringin untuk melihat selfie tersebut”, katanya. 

Sementara itu, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan menganggap aktor berkenaan tidak sepatutnya memburuk-burukkan bekas kekasihnya itu.

MStar