"Saya ingat 'beromen' tu romantik" – Elizabeth Tan akui tersilap cakap

Posted on

Elizabeth minta maaf silap cakap.

PENYANYI Elizabeth Tan memohon maaf atas ketelanjurannya menggunakan perkataan ‘beromen’ ketika ditemubual menerusi program hiburan Pop!TV pada malam Jumaat.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, dia tidak memahami maksud sebenar perkataan tersebut dan menyangka ia membawa maksud romantik.

Okay just in case, sebelum apa-apa kenyataan Lizzy dalam PopTV tadi terjadi viral, Lizzy sumpah yang saya ingat “beromen” tu maksudnya “ber – romantik”.

“Maaf kalau ada yang salah faham, Lizzy main-main sahaja, Abang Zul jangan marah Lizzy,” ujarnya di Instagram.

Elizabeth mempromosikan single baharunya Police Entry.

Elizabeth terlepas perkataan tersebut ketika ditanya tentang filem terbaharunya Misteri Dilaila yang bergandingan dengan pelakon Zul Ariffin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *