“Saya Puas Hati Dapat Mandikan Sendiri Jenazah Anak”

Posted on

Wan Kamaruzzaman kelihatan masih terkejut dengan nahas mengorbankan tiga anaknya ketika tiba di hospital.

KEMAMAN: Tiga beradik yang maut dalam kemalangan selepas menghantar ibu bapa mereka menunaikan umrah selamat disemadikan dalam satu liang lahad di sini, Ahad.

Kedua-dua ibu bapa mereka yang bergegas pulang sempat menatap wajah buat kali terakhir  dan memandikan jenazah sebelum dikebumikan selepas Maghrib di tanah perkuburan Islam Binjai, di sini.

Tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Batu Putih, Kuantan awal pagi tadi ialah Wan Nor Afifah Wan Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *