“Saya tak paksa pun orang beli” – Que Haidar jawab jual Baju Melayu mahal

Posted on

Que tidak ada perasaan marah atau berkecil hati dengan komen negatif daripada netizen. Foto Instagram: @the_haidars.

PELAKON Que Haidar tidak berasa marah dengan komen netizen mempertikaikan harga Baju Melayu yang dijualnya dikatakan agak mahal seperti yang ditulis sebuah blog.

Que, 39, berkata tujuan dia berkongsi komen tersebut di Instagramnya supaya tindakan individu itu tidak menjadi ikutan.

“Allah, yang ni pun satu hal pula tajuk tu. Mana ada saya bengang, terguris pun tidak.

“Tujuan saya muat naik adalah untuk berkongsi saja dengan harapan netizen-netizen yang lain tidak bertindak seperti beliau,” tulis Que.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *