“Saya Tetap Dengan Pendirian” – Sweet Qismina

Posted on

Sweet kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang komunikasi massa di sebuah universiti swasta. Foto AHMAD ZAMIR

PELAKON Sweet Qismina mengakui namanya agak tenggelam daripada industri seni walaupun pernah memenangi trofi Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-30 tahun lalu.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 21, berkata, ‘kehilangannya’ bukan disebabkan sudah tidak mempunyai tawaran berlakon tetapi dia kini sibuk menumpukan tumpuan kepada pengajiannya di universiti yang memasuki tahun kedua.

“Memang ada orang tanya selepas menang anugerah saya terus tenggelam dan ‘hilang’ tetapi sebenarnya tidak. Saya masih ada dalam industri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *