Sebagai bekas pelakon, MP Lembah Pantai sedia perjuangkan nasib artis

Posted on

Fahmi Fadzil (kiri) sempat bergambar dengan aktor Farid Kamil. FOTO: Nur Asyikin Mayudin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan sesi pertemuannya bersama anak seni pada Rabu bukan untuk melobi sebagai calon menteri bagi kementerian berkaitan kesenian.

Fahmi, 37, berkata dia tidak kisah jika tiada jawatan dalam kerajaan namun hanya ingin memperjuangkan nasib penggiat seni tempatan.

“Tidak ada isu melobi diri untuk jadi menteri. Jadi ahli parlimen atau tidak, itu bukan keutamaan saya.

“Apa yang penting niat saya mahu memperjuangkan nasib anak-anak seni. Lagi pun majlis ini bukan saya yang anjurkan tapi saya dijemput untuk hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *