Sebagai Wanita Kuat, Vida Minta Ziana Zain Tidak Layan Perasaan

Posted on

Vida percaya Ziana seorang wanita yang kuat dan cekal dalam melalui ujian hidup. Foto: QARAMI HASHIM

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia mengagumi ketabahan penyanyi Ziana Zain yang kini berdepan dengan masalah dalaman rumah tangga.

Menurut Vida atau Hasmida Othman, 47, penyanyi tersebut memiliki kekuatan emosi dan masih komited melaksanakan tugas meskipun sedang melalui ujian berat dalam hidup.

“Saya kagum dengan dengan Ziana kerana ketika berdepan dengan ujian berat dia masih mampu meneruskan kerjaya.

“Dia tenang menghadapi dugaan dan pandai membezakan antara soal peribadi dan kerjaya. Ziana seorang wanita yang kuat dan tabah,” katanya kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *