Sebagai Wanita Kuat, Vida Minta Ziana Zain Tidak Layan Perasaan

Posted on

Vida ditemui semasa Malam Anugerah Mood Republik yang berlangsung di JW Marriot Hotel, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Ziana Zain ‘Tumpah’ Di Pentas Persembahan

Vida kagum dengan semangat ditunjukkan Ziana Zain.

Semasa majlis tersebut, Ziana turut diundang membuat mempersembahan dan tetamu yang hadir kagum dengan komitmen ditunjukkannya meskipun sedang berdepan dengan dugaan rumah tangga.

Sementara itu, Vida menasihati Ziana supaya tidak melayan perasaan sehingga menganggu emosi diri.

“Jangan layan perasaan itu sehingga memudaratkan diri. Sentiasa sayangi diri dan ingat anak-anak yang sedang membesar.

“Saya juga pernah melalui ujian rumah tangga, tapi saya cekalkan hati dan selalu ingatkan diri yang saya ada anak-anak dan pekerja yang masih memerlukan.

“Memang dugaan hidup ini menyakitkan tapi percayalah tuhan tak akan bagi ujian tanpa sebab dan akhirnya nanti ada hikmah terbaik,” katanya.

Vida turut pernah berdepan masalah rumah tangga dan berharap Ziana tidak melayan perasaan.

Dalam pada itu, Vida berharap penyanyi lagu Putus Terpaksa itu tidak ambil pusing dengan kecaman netizen di laman sosial.

“Pedulikan komen-komen orang kerana mereka tak tahu apa yang berlaku dan hanya menulis di laman sosial seperti tahu semuanya.

“Saya yakin Ziana mampu menangani perkara ini dan abaikan sebarang komen negatif netizen. Anggap sahaja apa yang mereka cakap hanya ‘hello dan bye-bye’,” katanya.

Sebelum ini, isu dalaman rumah tangga Ziana Zain menjadi bualan hangat netizen apabila suaminya iaitu Armin atau nama sebenarnya Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu atas tuduhan memukul anak mereka.

Tags / Kata Kunci: Ziana Zain , Datuk Vida

MStar