“Sekarang kau boleh ketawa, tapi tahulah nasib kau nanti Allah balas!” – Ziana Zain

Posted on

ARTIKEL BERKAITAN: Armin setuju ceraikan Ziana tapi ada syaratnya

Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah di sini memerintahkan sebuah Jawatankuasa Pendamai ditubuhkan bagi membolehkan pasangan itu berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Hakim Syarie, Mohd Nizar Mokhtar membuat keputusan itu selepas Armin atau Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, meletakkan syarat untuk bertemu dengan anak-anaknya jika ingin bercerai.

Kes itu akan disebut semula pada 28 Jun depan.

Dalam pada itu, Ziana berkata, dia tidak akan menghalang Armin untuk bertemu dengan mereka namun selepas kes jenayahnya selesai.

Kata Ziana, sebagai seorang ibu dia juga faham Armin turut mempunyai hak terhadap anak-anak mereka dan tidak akan menyekat atau memutuskan silaturahim di antara anak dan bapa.

“Sekarang saya ikut apa laporan dibuat kepada polis dan polis beritahu anak-anak adalah saksi kejadian.

Armin setuju menceraikan Ziana sekiranya dia dibenarkan bertemu dengan anak-anak mereka.

“Sehingga selesai kes mahkamah, kalau dia hendak jumpa anak saya akan benarkan sebab saya bukannya zalim, sebab saya faham itu pun anak dia.

“Dalam Islam pun kita tak boleh putuskan hubungan dengan ibu-bapa, anak-anak dengan ibu bapa tetapi kadang-kadang kes begini kita kena akur dengan undang-undang,” jelasnya.

Mengulas mengenai kes jenayah melibatkan Armin yang dipinda, Ziana berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada undang-undang menentukan apa juga keputusannya.

Bagaimanapun kata Ziana, apa juga keputusan itu nanti dia yakin Armin tetap akan menerima balasan daripada Tuhan atas perbuatannya.

“Sekarang kau boleh ketawa, tapi kau tahulah nasib kau nanti Allah balas!

Ziana nekad untuk bercerai dengan Armin.

“Mungkin tak di dunia… di akhirat. Amin. Apa-apa pun kita ikut prosedur, kita terima dan akur sahaja,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, Mahkamah Majistret di sini, meminda pertuduhan jenayah terhadap Armin yang didakwa mendatangkan kecederaan terhadap anaknya dipinda kali kedua di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *