Selepas 9 tahun akhirnya Bienda buka rahsia tarikh sebenar kahwin

Posted on

Bienda kini muncul dengan single baru. FOTO: Instagram Bienda

PUTRAJAYA: Setelah hampir sembilan tahun menyimpan rahsia, penyanyi Bienda akhirnya mendedahkan kisah di sebalik pernikahannya dengan produser, Kamarul Zariman Abd Rahman.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, berkata dia bernikah pada 10 Oktober 2009 dan melangsungkan majlis persandingan selepas setahun kemudian.

Keputusan untuk merahsiakan tarikh pernikahan itu bukanlah kerana pasangan itu berkahwin di negara luar namun disebabkan mereka enggan menyusahkan pihak keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bienda Masih Berahsia

“Sudah tiba masanya saya berkongsi dengan semua orang yang kami telah bernikah pada 10 Oktober 2009 dan setahun kemudian barulah majlis persandingan diadakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *