Selepas 9 tahun akhirnya Bienda buka rahsia tarikh sebenar kahwin

Posted on

Bienda semasa pelancaran Jaga Hati. FOTO: Instagram Bienda.

“Saya merahsiakan perkara itu sebab tidak mahu menyusahkan keluarga. Ketika tu, fokus utama kami bekerja keras simpan duit untuk beli rumah dan barulah fikir pasal majlis sanding pula.

“Saya tak nak guna duit keluarga dan tidak mahu orang salah anggap kata saya tak ada duit nak minta simpati daripada mana-mana pihak” kata Bienda kepada mStar Online.

Bienda ditemui ketika di pertujukan fesyen Clarissa X Bienda dan pelancaran video muzik lagu terbarunya, Jaga Hati di The Glass Suite, BoraOmbak, di sini pada Khamis.

Tambah Bienda lagi, majlis pernikahan mereka telah berlangsung di masjid bersebelahan rumah ibunya di Gombak dan bukanlah di Thailand seperti yang diperkatakan.

“Kelakar apabila ada pihak cakap yang saya rahsiakan pernikahan sebab kahwin lari dekat Thailand. Sedangkan saya nikah di masjid sebelah rumah ibu di Gombak,” ujarnya.

Sebelum ini, Bienda mengambil keputusan untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai majlis akad nikahnya menyebabkan timbul pelbagai spekulasi.

Bienda dan suaminya dikurniakan dua orang perempuan bernama Lavienda Namiraz, 6, dan Laxiendra Namiraz yang kini berusia 4 tahun.

Dalam pada itu, penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu Penantian ini teruja dapat melancarkan lagu terbaru, Jaga Hati selepas kecewa dengan album yang diterbitkan pada 2009 apabila ia tidak menjadi.

Malah, menurutnya lagu tersebut telah pun disiapkan setahun yang lalu namun terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk dilancarkan.

“Saya pernah kecewa sangat apabila album saya Kenaliku pada 2009 tidak menjadi. Tak tahu kenapa tapi memang boleh dikatakan album tersebut gagal berada di pasaran.

“Jadi, kali ini saya berharap sangat dengan kelainan lagu terbaru Jaga Hati ini dapat menarik hati pendengar masa kini.

“Sebenarnya lagu ciptaan DJ Fuzz ini dah lama disiapkan sejak setahun yang lalu namun banyak halangan kecil menyebabkan saya terpaksa mencari masa yang sesuai untuk dilancarkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *