“Seni, periuk nasi… politik kena ambil tahu” – Aishah

Posted on

“Tak minat saya bila saya berpolitik tidak mengapa, itu hak anda tapi hak berpolitik hak saya,” tulisnya.

Aishah mempromosikan acara bersama Pakatan Harapan yang dihadirinya bersama pengikutnya di Instagram. Foto Instagram @aishahjmm

Aishah yang juga juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) meninggalkan komen tersebut sebagai respons kepada beberapa pengikutnya yang mempersoalkan tindakannya aktif dalam dunia politik.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013, Aishah bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan atas tiket Pas menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada Barisan Nasional.

Bagaimanapun Aishah gagal merebut kerusi itu apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi.

Aishah kini aktif bersama Pakatan Harapan (PH) dan giat mempromosikan aktiviti dan ceramah yang sedang giat dijalankan bagi menghadapi pilihan raya.

Semakin langsing… Aishah melakukan pembedahan pintasan gastrik pada Mac lalu. – Foto Instagram @aishahjmm

Sementara itu, Aishah turut menegaskan politik dan kariernya sebagai penyanyi tidak patut dicampur-adukkan kerana seni itu adalah periuk nasinya manakala politik pendiriannya.

“Seni itu periuk nasi saya, gunakan bakat anugerah Allah. Politik semua orang mesti ambil tahu kerana masa depan dan anak cucu kita akan terkesan oleh semua keputusan politik.

“Minatlah pada suara dan lagu saya. Pendirian politik hak saya,” katanya.

Bagaimanapun rata-rata pengikutnya menyokong dan menghormati pendiriannya malah berharap penyanyi lagu Janji Manismu itu kembali bertanding pada PRU14.

Tags / Kata Kunci: Aishah , PRU14

MStar