Shahrulezad tak layan artis minta bayaran tinggi langit

Posted on

Pengarah Shahrul Ezad.

PENGARAH Shahrulezad Mohameddin menegaskan dia tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pelakon yang meletakkan harga lebih tinggi daripada pendapatan yang diperolehinya sebagai seorang pengarah menerusi sesebuah drama.

Pengarah drama Monalisa ini berkata, dia tidak memerlukan artis popular dalam menjayakan sebuah drama, sebaliknya mampu memberi publisiti dan populariti kepada seseorang artis.

“Terus terang cakap, mana-mana pelakon utama dalam drama saya, macam mana popular sekalipun kalau harga dia melampau melangit lebih tinggi saya tidak layan.

Status Shahruezad yang dimuat naik pada Selasa.

“Contohnya kalau ada mana mana artis yang mahu satu episod sampai RM8,000 saya pastikan harga saya lebih tinggi dari itu. Sebagai pengarah yang sudah berpengalaman saya perlu jaga ego saya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *