Sofi Jikan Tidak Mengaku Masukkan Dadah Dalam Badan

Posted on

Sofi Jikan

PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (11-Nor Delta 9 Tetra Hydrocannobil) iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan pada 6 Februari lalu.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibaca di hadapan majistret, Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy, Sofi didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *