Syafiq Kyle Tidak Banyak Bercakap, Gemar Menyendiri – Ibu

Posted on

Ibu dedah perangai Syafiq Kyle. Foto: SYAZANA ABD SHUKUR / The Star

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman, 55, berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anaknya itu untuk menentukan calon isteri.

Menurut Rohaya, dia tidak pernah meletakkan sasaran waktu untuk Syafiq mendirikan rumah tangga dan menerima sesiapa sahaja yang bakal menjadi menantunya kelak.

“Saya tak pernah letak sasaran waktu bila dia nak kahwin. Kalau dia dah bersedia, teruskan dan saya tak memilih siapa yang akan menjadi isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle Senyum Dicium Peminat

Syafiq manja dan pendiam.

“Saya tak nak nanti kalau kita memilih dan paksa dia kahwin akan menimbulkan masalah kelak sebab dia yang nak kahwin jadi dia yang kena tentukan siapa bakal isterinya nanti,” katanya kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *