Tak Laku Jual Roti Bakar, Air Jagung Pula Dapat Sambutan – Amir

Posted on

Amir Raja Lawak kini aktif menjual air jagung selepas perniagaan roti bakarnya gagal mendapat sambutan. Foto AHMAD ZAMIR

KEGAGALAN mengembangkan perniagaan snek roti bakar yang diberi nama Roti Bakor Amirreka secara francais yang diusahakan dua tahun lalu tidak melemahkan semangat pelawak Amir Raja Lawak untuk terus menceburi bidang perniagaan.

Sebaliknya Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 30, menjadikan perkara itu sebagai pembelajaran dalam mencuba nasib dalam perniagaan air jagung diberi nama Air Jagung Amirreka yang diusahakan sejak setahun lalu.

Kata Amir, dia bersyukur perniagaan yang diusahakannya itu mula menampakkan hasil apabila dia mampu menjual 500 paket air jagung dalam masa sehari apabila menyertai pelbagai festival yang disertainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *