"Tak tahu jalan cerita jangan buat andaian"- Zul (2by2) diminta berbaik dengan Isma

Posted on

Rumah tangga Zul dan Isma masih menjadi tanda tanya.

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Zul 2 by 2 meminta netizen tidak membuat andaian sendiri tentang kedudukan rumah tangga dengan penyanyi Ismaliza Ismail atau Isma (AF7).

Zul atau Zulkefli Majid, 45, berkata, dia tidak pernah memberi sebarang kenyataan berkaitan hubungannya dengan isteri yang dibina hampir 20 tahun itu.

“Maaf kalau terkasar bahasa, tidak semua lelaki macam itu dan dalam hal ini yang tidak tahu cerita hujung pangkal jangan buat andaian sendiri ya.

“Saya tidak pernah bersuara sedikit pun, jadi yang mana sudah berkeluarga jagalah baik-baik,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *