Terpalit Insiden Dadah Sofi Jikan Muhasabah Diri

Posted on

“Alhamdulillah keadaan saya masih baik dan saya belum pun dibuktikan bersalah, kita niat yang baik-baik sahaja,” katanya.

Pelakon filem KL Gangster itu sebelum itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret, Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.

Sofi dan Farid adalah sahabat baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sofi Jikan Tidak Mengaku Masukkan Dadah Dalam Badan

Mengikut pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy, Sofi didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 berserta seorang penjamin.

Nurul Huda menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia pernah berhubung dengan rakan baiknya, Datuk Farid Kamil, Sofi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Sofi kembali ke set penggambaran Polis Evo. Foto BERNAMA

Sebaliknya kata Sofi, dia tidak mempunyai isu dengan sesiapa dan mendoakan semua sihat dan berjaya dalam urusan masing-masing.

“Kita niatkan yang baik-baik sahaja dan jadi manusia yang bantu-membantu, doakan semua sihat dan berjaya dalam semua urusan,” katanya.

Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaharunya, Sofi berkata, dia akan kembali ke set penggambaran filem Polis Evo 2 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Sofi ditahan pada 6 Februari lalu ketika hadir untuk memberikan keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Tags / Kata Kunci: Sofi Jikan , Farid Kamil