“Teruskan, sebarkan lagi… sebar sebanyak mungkin” – Umie Aida

Posted on

Umie Aida kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab memuat naik filem kontroversi Dukun ke Facebook.

PELAKON Datin Seri Umie Aida kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab memuat naik filem kontroversi Dukun ke Facebook walaupun ia masih lagi ditayangkan di pawagam.

Umie mempersoalkan tindakan tersebut dan apakah keseronokan yang mereka perolehi daripada perbuatan itu yang secara terang-terangan mampu membunuh industri filem tempatan.

Secara sinikal, Umie meminta agar pihak tidak bertanggungjawab ini agar meneruskan aktiviti menyebar filem itu jika itu kepuasan yang diperoleh mereka.

“Sejak dua tiga hari ini ramai buat ‘party’ filem Dukun di Facebook! Apakah keseronokan yang anda dapat dengan buat tayangan filem ini sedangkan Dukun masih ditayangkan di pawagam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *